Jumat, 11 Januari 2013

PENGERTIAN VISUAL FOXPRO


October 7th, 2010 • RelatedFiled Under
Visual foxpro adalah bahasa pengaturcaraan prosedure dan objek oriented berpusat pada data (data-centric) yang dikeluarkan oleh Microsoft. Ia terhasil dari FoxPro(pada asalnya dikenali sebagaiFoxBASE) yang dimajukan oleh Fox Software pada awal 1984.
Fox Technologies bergabung dengan Microsoft pada 1992 dan aturcara mendapat ciri- ciri tambahan dan awalan “Visual”. Versi terakhir FoxPro (2.6) boleh dilaksana menggunakan sistem operasi Mac OS, DOS, Windows, dan Unix: Visual FoxPro 3.0, versi “Visual” pertama, menyingkir sokongan pelantar hanya kepada Mac dan Windows, dan versi berikutnya hanya pelantar Windows sahaja. Versi terkini Visual FoxPro adalah berasaskan COM dan Microsoft telah menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mencipta versi Microsoft .NET.
FoxPro adalah ahli kepada bahasa dalam kelas yang biasanya dirujuk sebagai bahasa “xBase”, di mana sinteknya berasaskan bahasa pengaturcaraan dBase. Ahli lain keluarga bahasa xBase termasuk Clipper dan Recital. (Sejarah awal xBase boleh di lihat dalam rencana dBASE.).
Visual FoxPro, biasanya diringkaskan sebagai VFP, biasanya dianggap umum
[petikan diperlukan]sebagai hanya Sistem Pentakbiran Pengkalan Data -Database
Management System (DBMS). Ini menidakkan fakta bahawa ia merangkumi bukan
hanya enjin DBMS, tetapi juga ciri penuh bahasa pengaturcaraan. Ia boleh digunakan
bukan sahaja untuk menulis perisian pelanggan gemuk – fat client, tetapi juga bagi
middleware dan applikasi web.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.